Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Aurat... hurmmm... aurat?? Apa yang kita paham dengan "aurat"? Urat ka?? Aurat bagi seorang yang bergelar wanita ialah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Hal ini berlandaskan firman Allah Taala:
Sekarang sudah ramai muslimah kita mendapat
kesedaran mengenai menutup aurat. Bagaimana ingin menutup aurat?. Pelbagai jenis
tudung, seledang dan pakaian yang indah untuk mengajak dan menyeru muslimah
kita bertudung. Alhamdulillah ramai yang sudah bertudung. Bertudung????
Bertudung tapi memakai baju yang nipis, jarang, singkat, ketat. Adakah
itu sudah memenuhi syarat dalam hukum agama Islam bagi wanita Islam menutup
aurat dengan sempurna.
Menjadi seorang wanita Islam
atau muslimah sebenarnya tidak susah. Tapi ia memerlukan kesedaran diri, rasa
tanggungjawab, dan tahu siapa kita, tujuan kita hidup atas muka bumi Allah
ini.... semua ini tidak akan menjadi tanda tanya pada diri kita semua..
Malah bukannya semua orang mendapat
didikan agama Islam dari keluarga mereka sejak dari kecil. Tapi ada yang dapat
didikan agama pon masih rasa ada perasaan dan sikap 'tak pe' dalam
diri.
'Tak pe' saya masih muda, belum akhil baligh
lagi. Tak perlu menutup aurat lagi"
" 'Tak pe' anak saya masih muda, bagila
mereka berfesyen dulu... biarkanlah mereka... Sampai masanya mereka akan
menutup bertudung la."
"'Siapa kata saya tak tutup aurat.. saya kan
pakai tudung. Tak pe' la saya pakai legging. Legging ni kan dah tutup kaki
saya."
cliche kan ayat-ayat macam ni?? kan??? ok ... foine~ tepuk dada tanya selera... eh tanya selera??? bukan
nak makan pon.. So tepuk dada tanya diri + iman... *saya sendiri mengaku masih lagi dalam proses perbaiki diri.. InsyaAllah*
nak makan pon.. So tepuk dada tanya diri + iman... *saya sendiri mengaku masih lagi dalam proses perbaiki diri.. InsyaAllah*
Dewasa
ini, wujudnya pelbagai pandangan daripada pihak yang keliru dengan agama ALLAH
sehingga mengatakan menutup aurat menzalimi wanita.
Mohamad
Wahid menjelaskan, golongan berkenaan sebenarnya tidak memahami konsep menutup
aurat. Mereka mengatakan memakai tudung menutup kepala sama seperti menutup
akal dan minda, ada yang salah faham dengan firman ALLAH maksudnya: “Dan
pakaian takwa itulah yang paling baik.” (Surah al-A’raf ayat 26).
Mereka
mengatakan pakaian takwa itu adalah lebih baik daripada pakaian menutup aurat.
Tidak kurang juga mengatakan bahawa ayat mengenai aurat ini ditujukan kepada
isteri-isteri Baginda, tidak semestinya semua wanita wajib menutup aurat.
Seperti mana diatas mengatakan ramai wanita memakai tudung sekarang dimana yang dianggap aurat nya telah ditutup dengan sempurna.. Persoalannya sempurnakah dari segi islam itu sendiri?
kay ... Antara yang wanita silap tentang aurat.. =>
- · Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
- · Kedua : Bertudung tetapi ber’ T-Shirt’ berlengan pendik.
- · Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
- · Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- · Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
- · Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- · Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- · Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
- · Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
- · Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan
sahabat sekalian...~
Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.
sahabat dikasihi... for your information... syaitan sentiasa dimana-mana untuk " membantu " kita wanita muslim yang lemah dan sentiasa kalah dengan nafsu ini untuk membuka aurat... Cuma sedar atau tidak saja.. renung-renungkan~~
Antara strategi syaitan membuka aurat wanita
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.
STAGE YANG MANA ANDA?
JUM KITA BERHIJRAH ^^
GIRLSSSSS....
* ^^ SHARING IS CARING ... INSYAALLAH KITA SEMUA AKAN MENJADI MUSLIMAH YANG LEBIH BAIK...*




.jpg)



No comments:
Post a Comment